HARI perkahwinan sepatutnya diraikan dengan penuh rasa gembira namun sebaliknya terjadi kepada pasangan ini apabila kehilangan ayah tersayang sejurus majlis akad nikah.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, seorang jurugambar, Ayul Rahman mengakui mengalami pengalaman berbeza ketika bertugas dalam satu majlis akad nikah yang suasananya cukup berlainan berbanding sebelum ini.
"Hari ini merupakan sejarah bagi saya selama tujuh tahun dalam industri fotografi.
"Saat akhir dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.
"Sepanjang majlis berlangsung saya tidak dapat menahan air mata. Sebak gila. Selepas majlis selesai, kami dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.
"Beberapa minit kemudian bapa pengantin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. A bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah," tulisnya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan berita yang dikongsikan oleh Ayul dan berharap agar keluarga pengantin tabah menghadapi dugaan.
@Ziela Ericsmilea: "Sedihnya. Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnye. Ameen.
@Noorhisyam Abd Talip: "Sebak tengok gambarmu Ayul Rahman. Semoga keluarga tabah menempuhi dugaan ini. Mata masuk habuk.
@HadiRahmah: "Alahaiii, sedih bila melihat gambar yang dikongsi. Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan.
@Tandirr: "Rasa mata macam masuk habuk. Sebak hati bila baca entri yang dikongsikan ini. Harap keluarga tabah. Kredit: Facebook Ayul Rahman. Sumber: Astro AWANI