PUTRAJAYA: Aksi yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminta boleh sepak antara Malaysia dan Korea Utara bakal ditangguhkan sekali lagi.
Menurut Astro AWANI, Perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini nampaknya bakal ditangguhkan, selepas Kementerian Luar Negeri mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke negara itu berkuat kuasa serta-merta.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, rakyat Malaysia dikenakan larangan sekatan perjalanan ke Korea Utara sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Keputusan itu diambil selepas melihat kepada ketegangan yang makin memuncak susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.
Sekatan perjalanan itu akan dikaji semula sebaik situasi di semenanjung Korea kembali normal.
"Rancangan kami adalah untuk dua perlawanan. Kini situasi adalah fokus hanya untuk satu perlawanan. Saya perlu pragmatik, kalau perlu menentang Korea Utara di Hong Kong. Kami harus bersedia.
"Kini, hanya fokus satu perlawanan menentang Hong Kong, tiada masalah," kata jurulatih pasukan kebangsaan, Nelo Vingada.
Perlawanan di antara kedua-dua pasukan sudah ditunda tiga kali, dengan jadual asalnya pada 10 Mac dipinda kepada 8 Jun, sebelum ditukar buat kali kedua kepada 5 Oktober.Astro AWANI