Filipina - Pengunjung di sebuah pulau terkejut dengan penemuan seekor makhluk gergasi misteri yang terdampar di persisiran pantai tersebut.
Haiwan laut gergasi terbabit telah ditemui di perairan Bandar Maasin iaitu merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di Leyte, Filipina.
Menurut laporan daripada Julius Alpino dari Biro Perikanan dan Sumber Laut mengesahkan penemuan rangka gergasi berkenaan.
Beliau turut memberitahu bahawa pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti haiwan tersebut kerana badannya yang sudah reput.
Ini menyukarkan pihak mereka untuk mengenal pasti bangkai tersebut dan memerlukan penelitian yang khusus bagi mengetahui spesis bangkai tersebut.
Menurut pihaknya, ada kemungkinan bangkai gergasi misteri tersebut yang memiliki kepanjangan sebuah jet pejuang tersebut adalah merupakan bangkai seekor ikan paus.
Menurut salah seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Nujnuj Capistrano berusia 42 tahun, dia telah berjaya menangkap gambar bangkai binatang gergasi tersebut ketika sedang melalui kawasan pantai berkenaan.
Walau bagaimanapun dia memberitahu bahawa "Saya hanya lalu di situ dan mengambil gambar sahaja tetapi saya tidak mengetahui apa-apa kisah lanjut mengenai haiwan itu" katanya.