Bot Karam Dinaiki 7 Nelayan


PASIR PUTEH – Sebuah bot karam dihempas ombak besar di Kuala Tok Bali yang membawa tujuh nelayan warga Thailand di Kuala Tok Bali, di sini kira-kira jam 1.15 petang.

Namun beberapa jam selepas itu,  enam nelayan yang menaiki bot tempatan bernombor pendaftaran TRF 1097 ditemukan berpaut pada pelampung oleh nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

 Sebelum kejadian, bot yang keluar dari Tok Bali untuk menangkap ikan itu berpatah balik selepas keadaan cuaca yang amat buruk, kata pengurus terbabit, Mohamad Azuhan Yaman, 25.

Katanya usaha untuk mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Nurul Hizam Zakaria, mengesahkan kejadian itu. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha