Gara-Gara Hantaran Terlalu Mahal, Lelaki Ini Potong Kemaluannya Sendiri.


Indonesia - Seorang lelaki sanggup memotong alat kelaminnya hanya selepas dia gagal untuk berkahwin dengan kekasihnya kerana tidak mampu menyediakan mas kahwin yang diminta oleh keluarga kekasihnya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Erwin berusia 23 tahun dikatakan telah mengalami hilang ingatan sejak 5 tahun yang lalu.

Sebelum ini Erwin dikatakan pernah cuba untuk memotong alat kelaminnya namun dia dikatakan tidak berani melakukannya tetapi kini dia bertindak berani dengan memotong ala kelaminnya sehingga habis.

Menurut laporan Metro Asahan, perkahwinan Erwin bersama kekasih hatinya itu telah dibatalkan oleh pihak perempuan kerana Erwin tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyediakan duit hantaran kepada pihak perempuan.

Menurut ibu Erwin iaitu Yusriani Saragih berusia 55 tahun, ibu bapa gadis tersebut telah meminta mas kahwin sebanyak Rp 10 juta iaitu sebanyak RM3103.08 duit Malaysia namun tidak mampu untuk mereka sekeluarga sediakan.

Ini kerana menurut Yusriani, anak bongsunya itu hanyalah bekerja sebagai buruh bangunan di Kanopan sejak tahun 2012 yang lalu.

Ketika itulah dia mula berkenalan, berkawan serta akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai AL.

Walaupun pada ketika  itu ekonomi keluarga mereka tidak begitu mengizinkan untuk Erwin mendirikan rumah tangga namun sebagai ibu bapa mereka memahami akan kehendak Erwin yang ingin berkahwin dengan AL.

Mereka akhirnya akur dengan kemahuannya dan telah meminang AL untuk Erwin, tetapi apakan daya mereka selepas tali pertunangan di ikat keluarga pihak perempuan meminta duit hantaran yang tinggi sehingga mereka tidak mampu sediakan.

Sejak dari hari itu Erwin dikatakan seperti orang yang dalam kebingunan dan kami telah meminta bantuan daripada ramai orang namun semuanya tidak mampu merawatnya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah dalam keadaan seperti itu, suaminya yang dikenali sebagai S dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang dan wanita tersebut adalah jirannya sendiri.

Yusriani yang tidak mempunyai saudara berdekatannya telah memohon perceraian terhadap suaminya kerana dia tidak menyangka bahawa suaminya tergamak berlaku curang dengan seseorang yang di kira sudah cukup lama dia kenali.

Malah menurutnya kesemua anak-anak kekasih suaminya itu sudah pun berkahwin serta dia telah pun memiliki 3 orang cucu.

Menurut Yusriani lagi, tiga minggu sebelum kejadian ini anaknya itu telah pun melakukan perkara yang sama seperti ini namun hanya memotong di hujungnya sahaja.

"Tiga minggu yang lalu hanya hujung tapi kini semuanya sudah habis. Ini sahaj yang mampu saya buat kerana saya tidak memiliki wang serta ayahnya yang telah mengetahui perkara ini juga telah turut datang ke hospital menjenguk anaknya itu.".

Yusriani amat berharap agar terdapat pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya bagi merawat anaknya semula.-Metro Asahan