Kisah-Kisah Hidup Yang Boleh Dijadikan Iktibar



Dunia fana membina liku liku kehidupan, menderita bahagia hidup perlu di teruskan, walaupun terpaksa perjuangan belum berakhir, langkah kaki menuju destinasi.

Diwaktu kanak kanak, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Sampai ke tido pun masih lagi mengigau dengan permainan. Dari buka mata sehingga lah tertutupnya mata, permainan saja yang suka kita fikirkan.

Dari kanak-kanak kita melangkah alam remaja, kebebasan itu lebih penting, kita mahu terbang seperti burung yang memiliki kebebasan. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Jiwa kita banyak memberontak dan mula sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Apa yg kita fikir itu yang kita rasa betul, larangan ibu bapa seperti penjara buat kita.

Dari remaja kita mula melangkah alam dewasa, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang digenggam erat. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini. Jika dulu aku belajar bersungguh-sungguh sudah pasti hari ini aku ada kerjaya. Namun apa kan daya.

Alam dewasa membuat kita lebih matang, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup, Membina keluarga, Ingin membeli kereta, rumah, tanah, asset, melancong, berbagai lagi keinginan mendatang tampa kita menjemput. Duit teramat penting untuk membuat segalanya.

Setelah lama mengejar dunia yang fana ini, di fasa melangkah ke alam tua akhirnya kesedaran kita mendatang, Kesihatan adalah perkara yang amat penting, Kekayaan tiada erti nya lagi, walaupun segala nya boleh di dapati, tiasa rasa di lidah, walaupun ingin merasa, segala penyakit bertamu sudah. Di kala ini penyesalan bertaut, kerana mengejar dunia segala ilmu kesihatan di lupakan. Apakan daya hidup perlu di teruskan.

Di usia senja ku, segala cita cita telah ku genggam, tapi kesunyian membuatkan binaan banglo yg tersergam indah tiada tawa dan helaian, kenderaan besar memberi keselesaan hanya membawa insan yg tua di dalam kesunyian. Anak anak berkahwin mengejar kejayaan, membuatkan kita rindu di saat saat bahagia bersama mereka di waktu usia kecil nya, segunung emas telah ku tawan tetapi sebesar zarah kebahagian lebih besar nilai nya. Termenung sendiri penyesalan menyelubungi, kekayaan sebenar adalah kasih sayang, redhalah wahai hati.

Di saat penghujung senja, melangkah kaki mesti di teruskan, kesedaran mengigatkan, kematian bakal menjemput, tiada bekalan yg di atur, tiada amalan yang di lakukan, penyesalan di hujung waktu, kenapa dari muda tidak ku bersujud mentaati segala perintah mu, tiada lah makna segala isi dunia, hanya lah amal ibadah adalah perkara yg cukup bermakna di bawak pulang ke kampung kekal abadi. Syukur kepada pencipta, kerasa esannya memberi waktu untuk bertaubat.

Wahai dunia kau lah tempat yg fana meleka kan dan melalaikan. Amatlah rugi jika dunia sahaja yang kita kecapi, tampa bersulam akhirat bersemi, waktu meningal pergi, yang mengalir tiada lagi kembali, rugilah hidup bersandiwara dunia, kerna dunia hanyalah pinjaman semata-mata.

Wahai teman kejar lah dunia di dalam akhirat, jadikan lah dunia mu bekalan untuk akhirat, dunia ini sementara, akhirat jua kekal selamanya. Bersabda baginda S.A.W; jagan berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena percikan besi panasnya, berkawan dengan tukang jual minyak wangi, kita akan merasa wangiannya,. artikel Atila Atasha