Ong Bak!!! Maut Dilibas Gajah


THAILAND – Phlai Ekasit, seekor gajar yang popular yang sering terlibat di dalam filem antarabangsa salah satunya ‘Ong Bak’ yang dibintangi oleh Tony jaa telah melibas penjaga sehingga mati dengan menggunakan belalainya pada pagi Isnin lalu.

Mangsa, Somsak Riangngern yang berusia 55 tahun telah mengendalikan gajah yang kini berusia 32 tahun itu selama lebih dari satu dekat telah mati di tempat kejadian.

 Riangngern tidak melakukan apa-apa selain melakukan tugasnya menyuapkan haiwan jagaannya itu dengan pokok pisang sambil mengajaknya berjalan ke kawasan mandi di zoo Chiang Mai, Thailand sebelum serangan itu berlaku, menurut saksi kejadian, lapor Thai PBS.

Secara tiba-tiba, haiwan terkenal itu berpaling dan melibas Riangngern dengan belalainya berkali-kali, dakwa saksi.

Lelaki tersebut meninggal dunia serta-mrta manakala isterinya, Jampa, hanya mampu melihat.

Kemudian kakitangan zoo berjaya mengawal gajah tersebut namun mereka masih tidak pasti apa yang menyebabkan Phlai mengamuk tetapi mereka mendakwa bahawa ia disebabkan haiwan itu kepanasan.

Pada kebiasaannya gajah jantan menjadi lebih agresif kerana mereka sedang aktif mencari pasangan.

Sementara itu, mayat penjaganya itu akan dibawa ke kampong halamannya di Wilayah Surin untuk upacara pengebumian.

Isteri mangsa berkata bahawa gajah tersebut biasanya tenang, malah disayangi oleh suaminya dan pelancong yang suka memberi makanan serta mengambil gmabar dengannya, bercakap dengan media.
                                        
Sebelum ini, gajah berkenaan telah membuat persembahan  di zoo namun tidak akan terlibat dalam sebarang pertunjukkan sehingga ia dinilai oleh doktor haiwan. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha