Wanita Berusia 43 Tahun Diperdaya Warga Nigeria


KUALA LUMPUR-  Nasib malang menimpa seorang pensyarah apabila dipercayai ratusan ribu ringgit dia ‘lebur’ selepas terjerat dengan ‘love scam’ lelaki Nigeria.

Mangsa, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta dipercayai berkenalan dengan suspek di laman sosial.

Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Walter Jack Hassan, dia juga mendakwa berdarah kacukan Mesir dan Kanada.

Namun setelah berkenalan sejak 2013, suspek memberitahu kepada mangsa yang berusia 43 tahun itu bahawa kad kreditnya hilang dan perlu pulang ke Kanada untuk membuat kad baharu.

Suspek memujuk mangsa untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkannya semula sebelum mangsa membuat transaksi kira-kira RM110,000, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

“Pada 6 November lalu, wang diberikan mangsa melalui beberapa transaksi akaun dan mangsa dihubungi suspek yang bertanyakan sama ada dia telah menerima bayaran wang tersebut atau belum.

Katanya, “mangsa menafikan menerima wang tersebut dan berasakan dirinya tertipu selain suspek sering meminta wang.”

Susulan dari hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Wangsa Maju, di sebuah kondominium di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3.30 pagi semalam, kata Mohamad Roy.

Katanya, seorang lelaki warga Nigeria yang berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan dan tiga komputer riba serta empat telefon bimbit turut dirampas.

Soal siasat terhadap suspek pertama membawa kepada penahanan suspek kedua pada hari yang sama  membabitkan warga Nigeria juga, kata beliau.

“Suspek juga yang berada di Hospital Sungai Buloh kerana isterinya baru melahirkan anak telah diperiksa dan sebuah telefon bimbit jenis iPhone telah dirampas.

Katanya, " dari hasil pemeriksaan pada telefon itu mendapati bahawa terdapat perbualan mengenai kes penipuan pensyarah itu yang mana suspek kedua ini dipercayai individu yang menyamar sebagai Walter.”

Kedua-dua suspek direman selama 14 hari sehingga 11 Disember depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jelasnya. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha

Kredit Photo Sinar Harian
Kredit Photo Sinar Harian