Wanita Ditemui Rentung Dalam Kebakaran


KOTA BELUD – Seorang wanita ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Tambilaung di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, meyebabkan seorang mangsa maut, Arimah Sagi, 55 manakala enam lagi ahli keluarga yang turut tinggal di rumah terbabit terselamat.

Kebakaran tersebut telah mengaikbatkan rumah papan yang didiami mereka musnah 100 peratus, manakala tiga motosikal yang diletakkan di perkarangan kediaman terbabit turut hangus dijilat api.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.09 pagi, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Bomba telah menghantar enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda ke lokasi yang terletak 28 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud serta mengambil masa 36 minit untuk tiba di tempat kejadian, katanya.

Katanya lagi, “kebakaran yang membabitkan sebuah rumah tidak kekal lama dan tiga motosikal musnah 100 peratus.”

Katanya ketika dihubungi sebentar tadi, “sebaik sahaja api dipadamkan, bomba telah menemui mayat seorang wanita yang rentung dalam rumah berkenaan dan operasi ditamatkan pada jam 4.45 pagi.”        


Jelas beliau lagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kebakaran masih disiasat. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha