RAWANG - Seorang wanita maut ditempat kejadian selepas motosikal ditunggang bertembung lori pasir di Jalan Bandar,Tasik Puteri, Rawang, disini, hari ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Noorazlia Idris berusia 26 tahun merupan seorang jururawat dan hamil tiga bulan ketika kemalangan itu.
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, mangsa Noorazlia Idris,26 menunggang secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Puteri.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori pasir membuat pusingan U sebelum memasuki laluan mangsa dan bertembung dengan mangsa.
"Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa adalah jururawat sebuah pusat dialisis di Rawang,"katanya.
Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
"Polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori berkenaan turut disita bagi tujuan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya. - Harian Metro