Seorang pengguna media sosial bernama Shaf Fiqz Mikael telah memuat naik beberapa keping gambar mengenai seorang penjual produk kosmetik yang dituduh menjual barangan tiruan.
Penjual produk kosmetik yang dikenali sebagai Muhd Irfan Abdullah atau nama panggilannya Sifu telah dituduh menjual produk barangan tiruan dan dikatakan membuat 'contest emas' palsu.
Ramai pembeli yang dikatakan tertipu dengan penjual terbabit yang kononnya membuat 'jualan runtuh'. Terdapat banyak komen dari rata-rata netizen mengenai penipuan tersebut.
Salah satu daripadanya ialah Nurul Nuratiekah, katanya, "saya juga salah seorang yang tertipu dengan membeli make up 'fake', salah diri sendiri juga sebab termakan tipu daya kononnya buat harga runtuh."
Dan ramai juga yang tidak berpuas hati mengenai 'contest emas' kerana mendakwa ianya penipuan semata-mata.
Difahamkan, laporan polis dan KPDNKK sudah dibuat dan dikatakan lelaki terbabit sedang giat memadamkan 'live' atau bukti kesemuanya. Editor: Atila Atasha