SEORANG wanita berkulit hitam yang berasal dari Jamaica merasa amat terkejut apabila bayi yang dilahirkannya itu berkulit putih.
Sophia Blake ibu kepada bayi tersebut terkejut apabila anak perempuannya, Tiara bukan sahaja dilahirkan berkulit putih tetapi juga dengan mata berwarna biru, sedangkan keluarganya berasal dari Jamaica tiada berketurunan seperti itu.
Dengan hasil perkahwinan Sophia Blake sebelum ini juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Donchae berusia 17 tahun yang berkulit hitam.
Ini menyebabkan ramai orang tidak percaya Tiara adalah anak kandungnya.
Eksekutif pemasaran, dari Selly Oak, Birmingham ini memberitahu Mail Online: “Tak mudah untuk mereka percaya Tiara adalah anak saya kerana dia sangat berbeza.
“Kadang-kadang dia sendiri bertanya kenapa kami tak ada persamaan? Saya menjelaskan dia adalah anugerah dari Tuhan untuk dirinya.”
Doktor berkata keadaan Tiara yang dilahirkan berkulit putih berlaku, satu dalam sejuta kerana gen putih yang aktif dalam keluarganya.
Sophia Blake berkata, kulit keluarganya yang ‘sangat gelap’ telah membuatkan dia terkejut bagaimana dia boleh melahirkan anak perempuan berkulit putih tanpa ada sedikit pun ciri-ciri keturunannya yang berkulit hitam.
Dia mengakui ada kalangan dari ibu bapa yang menganggap Tiara adalah anak angkatnya dan pihak hospital baru-baru ini terpaksa melakukan peperiksaan DNA sama ada Tiara anak kepada Sophia Blake ataupun bukan.
Sophia Blake kini memutuskan untuk bersuara bagi meningkatkan kesedaran bahawa kanak-kanak berbangsa campuran berkemungkinan dilahirkan dengan satu warna kulit sahaja iaitu putih atau hitam.
Dia sangat bangga dengan kecantikan Tiara dan memberitahu apabila sesiapa sahaja mengenali mereka berdua, mereka akan mendapati persamaan antara ibu dan anak ini. - Sumber: mStar Online, Editor: Amylea Nazrul