Dalam hidup setiap orang pasti akan ada saat suka dan duka yang pernah dilalui. Namun siapa sangka di sebalik perwatakan lucu penyanyi lagu Tak Tun Tuang, Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda pernah melalui detik hitam dalam hidupnya.
Menurut satu sumber, Upiak berkata dia pernah menangis selama tiga hari mengenang nasib dirinya ditinggalkan suami. Hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada keluarga mentua.
“Saya berkahwin
pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak keserasian serta keluarga
mertua tidak menyukai saya.
“Lebih memilukan,
selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami
menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain,
Jelasnya lagi, “keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi."
Dia juga ingin
membuktikan kepada bekas suami bahawa dia mampu untuk mencapai impian sebagai seorang penyanyi. Upiak ditemui
semasa sidang media Upiak Silvia Nanda Tak Tun Tuang bersama MVM Production yang berlangsung di
Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Sementara itu,
Upiak memberitahu dia tidak menolak untuk terus
bermastautin di Malaysia. Bagaimanapun, dia
perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum meneruskan kerjaya di negara ini.
“Saya selesa berada
di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini tetapi saya perlu
fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di
kampung halaman,” katanya.
Upiak berkata dia tidak menyangka lagu Tak Tun Tuang tersebut tular di
Indonesia, Malaysia dan Thailand. Malah, dia mengakui
terkejut apabila mengetahui lagu tersebut mula popular setelah tiga tahun
dirakamkan.
Upiak sudah
merakamkan 15 buah album. “Saya tidak
menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini
berkat doa saya dan keluarga.
“Sejujurnya, saya
teruja berpeluang melebarkan bakat sampai ke negara orang dan secara tak
langsung dapat membantu keluarga di kampung,” katanya.
Upiak memulakan
karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun dan merakamkan album sulung ketika
berusia 21 tahun serta kini memiliki 15 buah album. Sumber : Mstar Online. Editor: Atila Atasha