Khai Bahar Raikan Peminat Di Shah Alam

KHAI BAHAR – Penyanyi popular Khai Bahar memilih untuk swafoto dengan 500 peminat yang hadir pada majlis Greatest Love of Khai Bahar di Shah Alam.

Majlis itu adalah anjurannya sendiri bagi meraikan peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari awal pembabitan dalam bidang nyanyian sehingga sekarang.

“Saya memang sengaja nak berswafoto dengan setiap peminat yang hadir, Apatah lagi, majlis diadakan khas buat mereka, Jadi, saya mahu mengabadikan kenangan ini., Ia bukan masalah besar untuk saya.

“Sebelum ini, saya tak berkesempatan nak buat sebab kekangan masa jika menghadiri sesuatu acara, Jadi, pada majlis ini saya memang luangkan waktu untuk mereka.

“Apa saya buat ini tidak boleh dibandingkan dengan sokongan diberikan oleh mereka.

“Kehadiran peminat sangat berharga, tanpa mereka siapalah saya dalam industri ini,” katanya.

Peminat bertuah akan mendapat hadiah berupa barangan koleksi peribadinya yang di sediakan khas untuk peminatnya, menurut khai.

Peminat yang hadir bukan sahaja dari dalam negara, malah ada yang sanggup datang dari Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya sudah memasang niat lama untuk mengadakan majlis ini iaitu sejak kemenangan pada Anugerah Bintang Popular lagi.

“Namun, memandangkan ramai yang tidak mendapat cuti, jadi saya memilih tarikh hari ini.

“Kalau ikutkan saya nak buat di lokasi yang lebih besar, tetapi bimbang keselamatan pula, Jadi, ini tempat yang sesuai.

“Saya gembira dan puas hati dengan jumlah kehadiran, malah, turut membuatkan saya terharu apabila ada yang sanggup datang dari luar negara,” katanya yang menggunakan duit sendiri bagi menjayakan majlis itu.

Majlis yang disokong kelab peminatnya, Khai Bahar Empire (KBE) bagaimanapun sedih kerana acara berkenaan tidak dapat dihadiri ibunya, Rosnah Mohamad.

"Sebenarnya, hari ini adalah hari lahir ibu saya yang ke-56, Ibu tak dapat datang pula, Kalau tak boleh saya raikannya sekali.


"Ahli keluarga saya yang dapat hadir pun hanya adik saja," katanya – Sumber: Harian Metro, Editor: Atila Atasha