Johor – penunggang motosikal maut dalam
kemalangan di Kluang bakal mendirikan rumag tangga bersama tunangnya pada
penghujung tahun depan selepas mereka bertunang.
Siti Nurfadhilah Mohd Hashim, 22, berkata,
kali terakhir dia bertemu Muhammad Yusmadi Mohd Nizam, 25, pada Sabtu lalu
ketika keluar makan bersama.
“Ketika itu, Arwah banyak membincangkan
soal merancang membina keluarga bahagia selepas berkahwin kelak.
“Keadaan itu membuatkan dirinya rasa curiga
kerana sepanjang tempoh pertunangan, lelaki itu seorang yang pendiam dan tidak
pernah membincangkan tentang perkahwinan.
“Dia juga meminta saya mengambil gambarnya
banyak-banyak dan minta disimpan baik-baik untuk melepaskan rindu sekiranya
tinggal berjauhan, namun tidak menyangka semua itu petanda dia meninggalkan
kami untuk selama-lamanya.
“Semua telatahnya ketika bertunang akan
dijadikan kenangan abadi hubungan kami dan hanya doa mampu dikirimkan sebagai
tanda sayang kepadanya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam
Kampung Mohd Amin, Simpang Renggam.
Ayah kepada arwar, Mohd Nizam berkata,
berita malang yang menimpa anaknya diterima ketika menyaksikan perlawanan bola
sepak persahabatan belia tidak jauh dari kediamannya di Kampung Baru, Simpang
Renggam.
“Sebelum kejadian itu anak sulung daripada
enam adik beradik itu menghantar mesin rumput ke rumah datuknya di kampung sama
seterusnya makan nasi kerana dipercayai terlalu lapar sebaik pulang dari
bekerja sebagai tukang elektrik.
“Selepas itu, dia ke rumah kawannya untuk
keluar beriadah tetapi dia ke Pekan Machap terlebih dahulu untuk membeli juadah
petang sebagai kudapan sambil bersembang dengan rakan-rakannya.
“Saya bagaikan tidak percaya apabila
dimaklumkan berita malang itu kerana sebelum kemalangan berlaku mereka turut
berbual mesra sambil membincangkan perancangan majlis perkhawinan dia
nanti," katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan, kejadian
sebuah moto tidak sempat mengelak kenderaan yang membuat pusingan U secara
tiba-tiba, yang menimpa Muhammad Yusmadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten
Komisioner Muhamad Laham berkata, hasil daripada siasatan mendapati kemalangan
ini berlaku ketika mangsa menunggang Yamaha 125Z secara berseorangan dari Pekan
Machap.
“Ketika sampai di tempat kejadian, MPV yang
dipandu warga emas membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak
sempat mengelak dan melanggar bahagian tengah kenderaan itu.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa
mengalami kecederaan parah di badan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia
di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang datang untuk memberikan bantuan
kecemasan sejurus kejadian berlaku," katanya – Sumber: Harian Metro,
Editor: Atila Atasha