Netizen Kecam Dira Abu Zahar Kerana Menyelar Fathia Latiff.


Khaidhirah Abu Zahar, 33 ataupun pelakon yang lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar yang juga merupakan exco Puteri UMNO menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada hari Rabu, semalam.

Difahamkan, Dira telah menyelar Fathia berikutan dia sering memuat naik status berkaitan isu politik semasa di akaun Twitter.

 “Kenapa nak percaya dengan dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff? Tak perlu, dia bukan tahu apa pun, kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri Umno, betul?.

"Setakat pegang telefon dan tekan-tekan baik tak payah. Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

Di samping itu, ada juga rata-rata netizen yang menyokong tindakan Fathia kerana menurut mereka ia adalah hak kebebasan rakyat untuk bersuara tidak terkecuali artis sekalipun.

Tindakan Dira yang menyelar rakan artisnya dikecam teruk oleh netizen kerana pada mereka pelakon itu dikatakan sombong dan tidak adil.

"Benarkah puteri dari parti Keramat itu turun padang berjumpa dan mendengar seterusnya menyelesaikan masalah rakyat, benarkah ? komen salah orang daripada netizen.

Menurut netizen lagi, Dira sebagai ahli politik harus peka dengan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Fathia dikatakan tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.

Bagaimanapun, Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu dia juga mempunyai hak untuk bersuara seperti Dira. Dan satu perkara yang pasti, dia tetap dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut ataupun bantuan daripada sesiapa.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu. Sumber: Astro Awani