Polis Tidak Terima Notis Tangkapan Dr Zakir Naik


KUALA LUMPUR- Bukan sahaja belum menerima permohonan malah tidak mengetahui isi kandungan mengenai laporan dari pihak berkuasa India. Beberapa hari lepas, Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan akan menyerahkan permohonan penangkapan sementara Dr. Zakir, yang dipercayai berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim tegas berkata setakat ini tiada permintaan diterima berhubung perkara berkenaan dan segala proses itu perlu mengikut prosedur ditetapkan undang-undang antarabangsa.Pihak polis hanya laksanakan tugasan sahaja.

“Pertama sekali pihak Polis Negara tidak ada dokumen pun mengenai penceramah tersebut.Kalau pihak Polis India ada proses ekstradisi ini mesti melalui pejabat Peguam Negara.

“Setakat ini kita pun tak tahu apa alasannya. Kita akan bantu kalau alasan itu selaras dengan undang-undang kita”.Kita sendiri belum tengok apa dokumen itu dan alasan yang pihak di sana minta.

“Kita akan mempertimbangkan untuk ambil tindakan. “Pada masa ini, saya tak berani nak berkata apa-apa. Kita tak tahu fakta dia,” ujar Timbalan Ketua Polis Negara.

Manakala  pada awal bulan ini, Interpol menarik semula notis merah ke atas Dr. Zakir yang dikemukakan di NIA.

Permohonan itu ditolak kerana ia tidak lengkap dan tidak memfailkan sebarang kertas pertuduhan terhadap Dr. Zakir. Sumber:Astro Awani - Editor: Amylea Nazrul