Seorang pelakon yang dikenali sebagai Elizad, 33 telah
memberi kenyataan bahawa pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst
seberat 4 kilogram dua tahun yang lepas.
Elizad juga menyatakan kini cyst kedua telah dikesan pada
November tahun lalu namun dia hanya mengamalkan pemakanan bercirikan organik untuk
mengelakkan cyst semakin membesar.
Berdasarkan pemeriksaan yang terbaru, cyst tersebut telah
mengecut dimana Elizad berpendapat kewujudan cyst ini berpunca dari faktor pemakanan
hariannya.
Elizad juga difahamkan bahawa cyst ini juga salah satu punca
kesukaran mendapatkan zuriat. Selain membuat pemeriksaan untuk cyst, Elizad
juga sering membuat pemeriksaan kesihatan yang lain bagi mengesan penyakit seperti
barah dan lain-lain dan hasil pemeriksaan memuaskan.
Menurut Elizad, masyarakat kini mudah terdedah dengan
penyakit yang merbahaya terutama penyakit yang berpunca dari pemakanan seharian
kita. Sumber : Harian Metro. Editor : Nsuhaili