20 Gambar Perbezaan Bos First Travel Yang Menipu Orang Ramai Dan Bos Facebook.


First Travel merupakan salah satu agensi pelancongan yang terkenal di Indonesia di mana agensi ini bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan Jemaah umrah untuk ke Tanah Suci selain turut menawarkan pakej-pakej lain.

Namun, baru-baru ini agensi First Travel telah dikatakan sebagai agensi yang tidak boleh dipercayai di mana ramai jemaah umrah telah tertipu dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Selepas sahaja isu penipuan itu terbongkar, pemilik kepada agensi pelancongan ini iaitu Anniesa Hasibuan dikatakan telah mengamalkan kehidupan yang sangat-sangat mewah di mana semua ini boleh dilihat melalui gaya penampilannya.

Kehidupan mewahnya itu ternyata menjadi isu yang hangat sebelum dia ditangkap pihak berkuasa kerana kesalahannya itu.

Anniesa dikatakan sering bercuti ke luar negara bersama suaminya di samping dia juga dikatakan turut mengenakan pakaian dan barangan yang mewah selain turut mengenakan solekan yang tebal.

Namun, penampilan pemilik First Travel yang sentiasa mengenakan penampilan yang mewah dilihat jauh berbeza jika dibandingkan dengan penampilan hidup pemilik Facebook iaitu Mark Zuckerberg bersama isterinya Priscilla Chan yang dikatakan telah mengamalkan kehidupan yang sederhana.

Perbezaan itu boleh dilihat melalui gaya penampilan dan juga barangan yang dipakai di mana ianya menunjukkan satu perbezaan yang sangat ketara.

Berikut merupakan perbezaan gaya di antara pemilik Facebook dengan pemilik First Travel.

1. Sumber Kekayaan Yang Dimiliki Mereka.  

Berdasarkan sumber yang diperolehi, Mark dikatakan memiliki sumber kekayaan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kekayaan yang dimiliki oleh Anniesa.

Ini menunjukkan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh Mark sangatlah berbeza dan perniagaan yang dijalankan olehnya itu dikatakan telah membawa keuntungan yang berlipat kali ganda dan tidak menipu seperti apa yang dilakuakn oleh Anniesa. 


2. Gaya Penampilan

Menerusi gambar dibawah, gaya penampilan Priscilla dan Mark dilihat lebih sederhana jika dibandingkan dengan Anniesa dan suaminya.

Ini boleh dilihat melalui gaya pakaian mereka sendiri di mana Mark dan isterinya lebih gemar mengenakan pakaian yang biasa dan sangat sederhana.

Warna baju yang digayakan mereka juga merupakan warna yang tidak menonjol berbanding dengan Anniesa.

Gaya dan penampilan Anniesa merupakan gaya terkini di mana dia sentiasa tampil mengenakan pakaian yang berjenama sejajar dengan peredaran zaman.


3. Sama-Sama Bergelar Isteri Kepada Jutawan.

Kedua-dua gadis cantik ini iaitu Priscilla dan Anniesa merupakan isteri kepada jutawan yang hebat namun kedua-duanya kelihatan sangat berbeza.

Anniesa lebih gemar mengenakan pakaian mewah dan turut memiliki bilik yang sentiasa dihiasi dengan barangan yang mahal.

Sementara itu, Priscilla pula merupakan seorang yang sangat-sangat sederhana apabila dia menampilkan gaya pemakaian yang biasa sahaja.

4. Penampilan Seharian. 

Ini adalah penampilan seharian yang dipakai oleh Andika dan Anniesa yang ternyata nampak mewah dan juga sentiasa kelihatan bergaya.

Manakala bagi pemilik Facebook, gaya seharian mereka sekeluarga hanyalah biasa-biasa sahaja dan cukup sederhana.


5. Gaya Percutian Bagi Seorang Jutawan
Gaya Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan ketika mereka bercuti ternyata sangatlah menawan dan sesuai buat mereka berdua walaupun ianya kelihatan biasa.

Tetapi lain pula buat Andika Surachman dan Anniesa Hasibuan yang mengenakan pakaian percutian yang agak mewah di samping Anniesa dilihat mengenakan beg tangan yang mahal.


6. Gaya Solekan.


Menerusi solekan mereka berdua iaitu di antara Priscilla dan Anniesa, kedua-duanya nampak jauh beza. 

Anniesa dilihat lebih gemar mengenakan solekan yang tebal manakala Priscilla nampak cantik tanpa mengenakan sebaran solekan di wajahnya. 


7. Penampilan Yang Berwibawa

Sebagai isteri kepada pemilik Facebook, Priscilla Chan dilihat cukup berwibawa dengan penampilan yang sederhana.

Sementara Anniesa Hasibuan dilihat selalu menggayakan pakaian dan perhiasan yang sangat cantik yang membuatkan dirinya sentiasa kelihatan mewah.


8. Penampilan Sewaktu Hamil

Priscilla lebih gemar mengenakan pakaian yang sederhana semasa kehamilan di mana penampilannya itu kelihatan cukup menawan berbanding dengan Anniesa yang selalu mengenakan pakaian mewah yang sarat dengan barangan perhiasan.

Namun, kedua-duanya kelihatan cantik walaupun masing-masing mempunyai pilihan untuk memakai apa yang mereka ingini. Sumber : Brilio.net , Editor: Amira