7 Gambar Badak Ini Nak Buang Air Pun Mesti Kena Dijaga Oleh Tentera.


Sudah pasti kita pernah mendengar nama Sudan dan pasti kita akan berfikir bahawa Sudan merujuk kepada sebuah negara yang terletak di Utara Afrika.

Namun, tekaan kita itu salah kerana Sudan adalah satu nama yang unik yang telah diberikan kepada seekor binatang.

Apa yang uniknya mengenai binatang ini adalah dia selalu sahaja didampingi oleh tiga atau empat orang tentera yang memegang senapang di mana tentera tersebut akan menjaganya walau ke mana sahaja dia pergi.

Sudan bukanlah presiden, jutawan mahupun artis tetapi Sudan merupakan seekor badak yang berusia 40 tahun dan ianya hanya boleh ditemui di Kenya.

Bagaimanapun, Sudan dikatakan telah dikawal dengan begitu ketat sehingga tiada sesiapa yang boleh mendampinginya kerana Sudan adalah satu-satunya Badak Putih Utara atau nama saintifiknya 'Ceratotherium simum cottoni' yang berjantina jantan yang ada di dunia ini.

Oleh sebab itulah, Sudan telah dikawal rapi kerana jika Sudan mati ditembak atau terkena apa-apa, maka baka Badak Putih Utara ini pasti akan pupus.

Badak tersebut mendapat layanan yang istimewa mengalah seorang raja kerana dia akan dijaga 24 jam sehari kerana bimbang jika tidak dikawalnya, sudah pasti ia akan menjadi buruan pemburu liar yang tamak untuk mengambil kulit dan gading yang dimiliki badak tersebut.

Sudan juga turut mempunyai pengawal peribadinya sendiri yang akan membantunya menguruskan aktiviti seharian yang dilakukan oleh Sudan.

Semoga Sudan akan bertahan dengan lebih lama dan boleh hidup dalam keadaan sihat sentiasa. Sumber: Sehinggit, Editor: Amira