8 Gambar Isteri Gemuk Berubah Jadi Cantik Selepas Dikutuk Dan Dihina


Sudah menjadi lumrah manusia takut dihina atau dijauhi orang sekeliling sekiranya mempunyai fizikal yang tidak cantik atau gemuk.

Seorang wanita yang berasal dari Malaysia yang bernama Kaybe telah menceritakan kisah kakaknya yang obesiti sejak kecil dan memiliki berat badan 106 kg.

Walaupun mempunyai berat badan yang melebihi, namun kakaknya sangat ceria dan tidak merasa rendah diri dengan keadaan fizikalnya dan kerana hal itu dia mempunyai suami yang baik hati serta tampan.

Namun ktritikan pedas daripada netizen tidak pernah berhenti setiap kali memuat naik gambar dia bersama suaminya seperti “gendut”, “tidak sesuai dengan suaminya”, “perempuan gemuk” dan lain-lain lagi sehingga membuatkan hatinya merasa sedih dan kecewa.

Akhirnya, kakak Kaybe menanam azam untuk menurunkan berat badan demi kesihatan dirinya sendiri dan kerana menyayangi suaminya.

Berkat usaha dan motivasi diri yang kuat, dia berhasil menurunkan berat badan hingga 42 kg dalam tempoh setahun.

Sekarang dia lebih yakin untuk bergambar bersama suaminya kerana tiada lagi kritikan pedas terhadap fizikalnya malahan perkataan “perempuan gemuk” menjadi “perempuanm cantik”.

Suaminya yang juga turut merasa termotivasi mulai ikut melakukan perubahan fizikal menjadi lelaki yang lebih tampan.

Netizen yang melihat gambarnya mula memberi komen yang baik-baik seperti

“Benar-benar serasi ya!”

“Semangatmu untuk berubah patut dihargai!”

Bahkan ada juga netizen yang turut berkongsi gambar perubahan diri mereka setelah mengamalkan diet yang sihat. Editor:Farhana