"Biarlah Orang Nak Kata Apa,Saya Tak Mahu Ulas Mengenai Reaksi Orang Ramai Tentang Perkara Ini" - Nur Sajat
Usahawan kosmetik berjaya Nur Sajat atau lebih dikenali ramai dengan nama Sajat ini telah memberikan kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah diaturkan minggu lalu.
Keputusan yang akan dikeluarkan dalam masa sebulan itu telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap diri nya.Ada yang mengatakan bahawa sebulan itu agak lama.
Walau bagaimana pun Sajat enggan memberikan komen tentang isu ini kerana dia lebih suka berdiam diri dan terus memberikan tumpuan utama terhadap perniagaan nya.
"Saya tak mahu ulas mengenai reaksi orang ramai tentang perkara ini.
"Biarlah orang nak kata apa. Bagi saya, kalau sebulan kata Jakim, maka sebulan lah saya tunggu. Kalau dua bulan kata Jakim maka dua bulan la. Kalau tiga bulan, maka tiga bulan. Saya ikut sahaja.
"Untuk diri saya sendiri, bagi saya berdiam diri adalah lebih baik daripada banyak berkata-kata," terangnya.
Baginya itu hak masing-masing untuk menilai tentang dirinya.
"Mulut orang kita tak boleh nak tutup, apa sahaja keputusan yang akan keluar nanti kita tunggu saja lah,".
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Saya lebih fokus pada hal perniagaan. Kadang-kala saya perlu berjumpa dengan orang ramai untuk membincang kan soal perniagaan dan saya tak mahu mengulas tentang isu yang lalu.
"Sekarang saya bertambah sibuk dengan projek baru saya iaitu perniagaan emas Nur Sajat Gold. Jangan lupa datang perasmian kedai baru saya,"kata nya.Editor : Ila