Betapa panas membaranya hati si suami apabila isteri yang ditatang bagaikan minyak yang penuh cuba digoda oleh lelaki lain lebih memilukan apabila kejadian itu berlaku di depan mata suami sendiri.
Sekiranya perkara ini berlaku kepada isteri kalian adakah akan dibiarkan sahaja atau beri teguran?
Dugaan seperti ini tidak pernah putus dalam alam rumah tangga dan sentiasa menduga hubungan suami isteri namun bukan itu yang dimahukan.
Hal ini berlaku kepada seorang suami yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad apabila sedang membeli belah barang dapur.
Ketika sedang membeli belah isteri berjalan di hadapan suami yang sedang menolak troli lalu seorang lelaki ‘senyum-senyum gata’ kepada si isteri.
Si suami yang bengang terus menegur dengan berkata “Bini orang pun nak try eh?” sambil tunjuk jari jemari yang masih merah lagi berinai.
Hafiz berkata isterinya jadi cantik seperti itu setelah lima tahun bersamanya, sebelum ini tiada siapa yang mahu menguratnya kerana gemuk dan berjerawat.
Katanya lagi kepada lelaki di luar sana jagalah teman wanita sendiri sehingga menjadi cantik , jangan hanya memandang wanita lain yang cantik dan terus putuskan hubungan dengan teman wanita sendiri kerana apabila bekas teman wanita menjadi cantik suatu hari nanti anda juga yang menyesal. Sumber: Hafiz Mahamad , Editor:Farhana