Gara-gara Kopi Penumpang Dihalau Turun


LIVERPOOL - Seorang penyelia keselamatan mendakwa dia tidak dibenarkan menaiki bas hanya kerana membawa minuman kopi di Old Swan, Liverpool pada Khamis lalu.

Joe Connor, 31, berkata, dia malu apabila pemandu bas tersebut menjerit kepadanya dan malah mengancam untuk menghubungi polis sekiranya dia duduk di dalam bas.

Connor berkata pemandu itu mematikan enjin bas dan enggan meneruskan perjalanan selagi dia tidak keluar dari kenderaan itu atau membuang minuman berkenaan.

Connor membuat keputusan untuk meninggalkan bas tersebut.

Disebabkan kejadian itu, syarikat bas Arriva telah memohon maaf kepada Connor tetapi mereka berkata pemandu mempunyai hak meminta penumpang keluar dari kenderaan awam sekiranya mereka dianggap boleh mendatangkan kemudaratan. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana