Mangsa yang terlibat dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi dipercayai baru memasuki sekolah tersebut 3 Jan lalu.
Mangsa dikatakan alami kecederaan dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut namun status keadaan mangsa setakat ini masih belum diketahui.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata punca bagaimana pelajar itu terjatuh masih dalam siasatan dan dipercayai pelajar itu mengalami kemurungan sejak dua tahun lalu.
"Mangsa sebelum ini belajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan baharu pindah sekolah(lokasi kejadian). Adik mangsa berumur 16 tahun juga belajar di sekolah ini dan diamanahkan untuk menjaga mangsa.
"Bapa mangsa yang pernah mengajar di sebuah madrasah di daerah ini turut menghantar mangsa ke madrasah sama bagi tujuan memulihkan masalah kemurungan dihadapi mangsa.
"Ayah mangsa juga maklumkan, mangsa sering kemurungan dan mengalami masalah halusinasi serta memaklumkan sudah dua sekolah anaknya bertukar kerana ada masalah sedemikian," katanya.
Tambah Mohd Adli, pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan laporan kecederaan masih lagi dalam siasatan pihak hospital dan masih menunggu laporan kecederaan yang dialami.