Apabila bercakap mengenai isu babi sudah pasti semuanya akan menjadi sensitif kerana menurut Islam babi adalah binatang yang diharamkan
Kadang kala jika istilah ini digunakan dalam bentuk perumpamaan bahasa Inggeris, ianya akan membawa maksud yang berbeza serta sudah pasti ramai yang akan salah tafsir mengenai perkara ini.
Situasi inilah yang berlaku kepada seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia dan juga China iaitu Shila Amzah apabila baru-baru ini Shila dikatakan telah memuat naik satu status di laman sosial miliknya.
Status berkenaan di muat naik melalui akaun Instagram miliknya apabila Shila yang baru sahaja selesai bersenam sempat menulis di laman sosial dengan status ‘Sweating Like A Pig’.
Bagaimanapun, jika perkataan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ianya akan membawa maksud ‘Berpeluh Seperti Babi.’
Walaupun ada sesetengah netizen yang mengecam tindakan Shila, namun itu bukanlah maksud sebenar di sebalik status berkenaan.
Perkataan ‘Sweating Like A Pig’ sebenarnya tidak mempunyai hubungan dengan haiwan babi seperti yang didakwa oleh kebanyakan netizen.
Menurut laman portal NowIknow.com, babi adalah haiwan yang tidak berpeluh, dan oleh kerana itu babi suka berkumpul di kawasan berlumpur untuk menyejukkan badan mereka.
Jadi bagaimana perkataan “Sweating Like A Pig” boleh tercipta?
Sebenarnya ayat tersebut adalah sebutan kepada istilah “pig iron”, yang merupakan bahan untuk membentuk besi dalam peleburan di mana proses peleburan ini adalah satu proses untuk menghasilkan logam dari bijihnya.
Untuk menghasilkan keluli, bijih besi akan dicelup ke dalam satu bahan yang dipanggil “pig iron” di mana objek itu adalah besi yang rapuh dan turut mempunyai kegunaan yang terhad.
Objek ini dipercayai telah mendapat namanya daripada bentuk tradisionalnya sendiri di mana ia akan menyerupai sebilangan kecil anak babi yang melekat pada ibu mereka.
Jadi, ayat tersebut yang di muat naik oleh Shila itu telah disalah tafsir oleh kebanyakan netizen yang tidak mengetahui maksud tersendiri di sebalik ayat tersebut.
Ini kerana apa-apa yang mempunyai kaitan dengan babi akan ditolak dan ditentang habis-habisan oleh masyarakat kita lagi-lagi umat Islam.
Diharap netizen melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen-komen yang negatif. Sumber: Nowlknow.com, Editor: Amira