Pernah Masuk Muzium ‘Kemaluan’ Terbesar Di Dunia? Siapa Masuk Mesti Akan Terkejut Besar.


Pasti ramai yang sudah mengunjungi muzium ketika masih kecil ataupun semasa lawatan sekolah.

Muzium sudah semestinya mempunyai banyak khazanah yang menarik di mana mampu menarik minat pelbagai golongan untuk datang mengunjunginya.

Namun, pernahkah kita dengan tentang muzium zakar?

‘The Phallological Museum’ atau muzium zakar yang boleh ditemui di Reykjavik, Iceland kini menjadi antara salah satu destinasi tarikan wajib yang dikunjungi pelancong ketika bercuti ke Iceland semata-mata hanya untuk menyaksikan batang penis makhluk jantan terpilih.

Muzium tersebut ternyata memiliki koleksi spesimen alat kelamin jantan terbanyak di dunia sehingga dapat menarik minat para pengunjung untuk melihat sendiri bentuk penis manusia yang turut dipamerkan bersama-sama aneka zakar haiwan laut dan darat.

Menurut portal berita Daily Mail, muzium tersebut tersimpan lebih daripada 250 koleksinya yang tersendiri di mulai dengan ukuran zakar yang paling kecil dimiliki hamster iaitu dua milimeter sehingga ke ukuran terbesar yang dimiliki paus iaitu 1.7 meter.

Beberapa koleksi lain juga turut dipamerkan di muzium ini termasuklah lampu hiasan yang diperbuat daripada testikel kerbau, zakar manusia milik seorang lelaki Iceland berusia hampir seabad dan juga batang pohon diukir indah menjadi seumpama bentuk kemaluan.

“Saya datang untuk melihat apakah perkara ini benar, sebab sebelum itu ada dengar cerita sebuah muzium penis di Reykjavik,” kata Jerry Anderson, seorang pelancong yang berasal dari Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap The Phallological Museum, kewujudan muzium terbabit mampu mencetuskan perasaan lucu dan gelak ketawa daripada pengunjung ketika mereka dapat melihat sendiri kesemua 286 koleksi alat kelamin jantan yang terpilih.

“Anda dapat dididik mengenai isu zakar secara lebih formal dan pada waktu sama mampu bergembira ceria,” kata Hjortur Sigurdsson, 52, salah seorang pengurus di muzium berkenaan kepada pihak media tempatan.

Menurutnya lagi, bapanya sendiri iaitu Sigurdur Hjartarson secara kebetulan merupakan salah seorang ahli sejarah yang mana pada sebelum ini dia bekerja sebagai seorang guru selama 37 tahun.

Bapanya juga dikatakan telah lama membuka muzium ini iaitu pada 1997 di mana pada asalnya muzium terbabit hanya mempunyai 62 jenis spesimen zakar.

“Pada awalnya kami anggap itu hanyalah jenaka. Ayah saya senang mengumpul sesuatu yang belum pernah dilakukan orang lain sebelumnya. Waktu itu dia kata bahawa seseorang harus melakukan hal ini,” jelas Sigurdsson.

Pada tahun 1980, Hjartarson dipercayai telah berjaya mengumpul sebanyak 13 spesimen, di mana sembilan daripadanya merupakan dari haiwan mamalia darat dan empat daripadanya jenis paus. Selama satu dekad selepas itu, koleksinya naik menjadi 34 spesimen.

Tambahnya lagi, beberapa tahun kemudian, mereka mula menerima spesimen manusia. Sigurdsson menyatakan bahawa spesimen manusia tersebut dikirim oleh salah seorang penderma dari Iceland yang berusia 96 tahun, di mana lelaki terbabit dikatakan takut jika penisnya akan mengecut seiring dengan pertambahan umurnya.

Muzium ini terletak di kawasan Laugavegur di ibu kota Iceland di mana ianya dibuka kepada orang awam bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari dan lazimnya sebahagian besar pengunjung akan menghabiskan masa selama 45 minit untuk meninjau barangan yang dipamerkan.

Dianggarkan majoriti pengunjung yang yang mengunjungi muzium terbabit adalah 11,000 pengunjung di mana sebahagian besarnya adalah pelancong warga asing.

Uniknya juga, lebih 60 peratus pengunjung yang hadir ke muzium zakar ini merupakan pengunjung wanita. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira