Benarkah Kentang Goreng McDonal's Boleh Merawat Masalah Kepala Botak?


Rata-rata masyarakat di Malaysia mempunyai masalah rambut gugur dan botak. Adakah anda salah seorang daripadanya? Akibat dari permasalahan ini rambut anda akan botak awal pada usianya. Kelimumur juga merupakan salah satu dari puncanya. Masalah ini tidak mengira golongan lelaki mahupun wanita.

Namun, para saintis di Jepun telah menukan ubat bagi merawat masalah botak. Percaya atau tidak di dalam kentang goreng McDonals's terdapat bahan kimia bagi menghasilkan kentang goreng ini supaya tahan lebih lama.

Menurut pasukan penyelidik sel stem daripada Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU),kaedah ini dapat membantu pertembuhan semula sel rambut yang telah di lakukan kepada seekor tikus dengan menggunakan kaedah dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia tersebut adalah sejenis silikon dan dipercaya telah dicampurkan ke dalam kentang goreng McDonal's bertujuan untuk menghentikan minyak goreng kentang itu dari berbau.


Para saintis mempercayai jika kaedah ini dipindahkan ke sel kulit manusia ianya akan membantu pertubuhan semula sel rambut.

Kajian didalam jurnal Biomaterials mendapati penemuan itu telah berjaya mengeluarkan "kuman folikel rambut (HFG) yang dihasilkan pertama kalinya melalui kaedah ini.

HFG merupakan sel bagi perkembangan folikel dan ia nya sangat penting bagi penyelidikan yang berkaiatan dengan rambut gugur atau botak.

Manurut laporan daripada Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya,terdapat rambut hitam yang dipercayai telah tumbuh di bahagian kentang selepas dipindahkan ke atas seekor tikus.

"Cara ini begitu meyakinkan kami dan di harap ia nya dapat membantu merawat pertumbuhan semula sel rambut manusia seperti masalah alopecia atau dikenali sebagai botak," kata Fukuda. - Sumber-Newsweek. Editor: Ila