Keistimewaan Anak Bongsu Dalam Sesebuah Keluarga Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Benarkah anak bongsung selalu dimanjakan oleh ibu dan ayah didalam keluarga? Sememangnya kita tidak boleh memilih untuk lahir ke dunia ini sebagai anak bongsu atau sebaliknya. Namun anak bongsu seringkali dikaitkan dengan kesayangan ahli keluarganya kerna mereka merupakan anak yang terakhir diantara adik beradik.

Mari kita lihat apa kelebihan yang ada pada anak bongsu ini.

Pertama, anak bongsu tahu cara untuk menghiburkan dirinya sendiri.

Anak bongsu selalu mempunyai cara untuk menghiburkan dirinya.Walaupun kadang kala adik beradik yang lain gemar bermain bersama,namun anak bongsu lebih memilih untuk bermain sendirian.Disebabkan itulah mereka jauh lebih kreatif daripada kakak dan abangnya.


Kedua, anak bongsu boleh tidur dalam keadaan lampu yang menyala.

Sememangnya mereka tidak heran jika tidur dalam keadaan yang bising atau terang. Bagi mereka asal boleh pejam mata dan lena seketika itu sudah memadai.


Ketiga, lebih gemar berkawan dengan orang yang jauh lebih tua daripadanya.

Sebenarnya anak bongsu bukan memilih untuk berkawan namun mereka lebih selesa berkawan dengan orang yang jauh berusia daripadanya. Jika ada kawan yang sebaya atau lebih muda daripadanya juga mereka tidak menolak. Anak bongsu mudah berkawan dengan sesiapa pun.

Keempat, anak bongsu selalunya belajar dengan memperhatikan kegagalan atau kejayaan orang lain.

Disebabkan selalu mendengar orang tuanya menasihati anak sulung, jadi segala nasihat itu disematkan di dalam fikiran nya dan disitulah anak bongsu akan belajar.

Kelima,anak bongsu suka membuat lawak.

Boleh dikatakan anak bongsu merupakan penghibur didalam keluarganya. Jika anak bongsu tiada dirumah, ahli keluarganya akan berasa sunyi. Walaupun anak bongsu selalu menitiskan air matanya,namun percayalah mereka lebih suka ketawa.

Disebabkan anak bongsu tidak suka memikirkan masalahnya jadi mereka ini lebih memilih untuk menghiburkan orang lain berbanding memikirkan masalahnya sendiri.


Keenam,mempunyai hak istimewa untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

Kebiasaanya anak bongsu akan dapat segala apa yang dihajatkannya. Disebabkan selalu disenangi oleh ahli keluarga yang lain,mereka ini selalu berjaya mendapatkan apa sahaja yang terbuku di hati daripada ibu ayah,kakak ataupun abang. Jadi anak yang lain jangan cemburu ya.


Ketujuh, selalu mendapat perhatian.

Duduk di atas sofa bersama ibu sambil dibelai manja oleh ibu atau semasa kecil nya akan disuap makan oleh kakaknya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya sentisa menjadi perhatian.

Kelapan, anak bongsu paling disayangi.

Hah benarkah? Walaupun tiada bukti kukuh namun ramai yang bersetuju tentang perkara ini. Perasan atau tidak dari kecil anak bongsu selalu diberikan kasih sayang berbanding yang lain namun hakikatnya ibu bapa sama sahaja membahagikan kasih sayang mereka terhadap anak-anak.

Jangan pernah katakan ibu bapa kita memilih kasih ya. Adakala nya kita tidak perasan apa yang orang tua kita lakukan demi kebaikan kita.

Kesembilan, suka bergaya dan mementingkan penampilannya.

Tidak dinafikan kebanyakkan daripada  anak bongsu memiliki sifat ini. Bagi mereka ,penampilan perlu dijaga dengan baik. Tidak heran lah jika pakaian anak bongsu ini sentiasa mengikut peredaran zaman semasa ya. Malah koleksi pakaian mereka juga sering dipinjam oleh adik beradik perempuan yang lain.


Kesepuluh, agak cerewet orangnya.

Percaya atau tidak anak bongsu sememangnya agak cerewet berbanding adik beradik yang lain. Di sebabkan mereka mementingkan penampilan jadi anak bongsu ini lebih cerewet. Sebagai contoh jika mereka memilih sesuatu pakaian,mereka akan mengambil kira soal jahitan,jenis kain serta corak yang terdapat pada pakaian tersebut sebelum membelinya. Kebanyakkannya akan berlaku kepada anak bongsu perempuan. Tak percaya cuba anda telitikan adik perempuan anda yang sudah dewasa nanti.


Kesebelas, berjiawa lembut dan sensitif.

Sebenarnya betul jiwa anak bongsu lebih sensitif dan lembut kerana dari kecil lagi mereka sering dimanjakan oleh ahli keluarga. Disebabkan itu lah mereka mudah mengalirkan air mata jika mempunyai masalah. Namun jangan risau anak bongsu bijak dalam mengawal perasaannya.Editor: Ila