Beban Yang Ditangung Lelaki Yang Bergelar Suami.



Isteri mahupun suami merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi setiap orang dan itu adalah kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

Masing-masing mempunyai tanggungjawab yang tersendiri yang perlu dilaksanakan kerana itu adalah amanah yang diberi Tuhan buat semua manusia.

Ketika seorang wanita telah sah bergelar isteri kepada seseorang lelaki itu, sesekali lihatlah wajah suamimu itu dikala dia sedang tidur.

Sebagai isteri ingatlah bahawa suamimu itu merupakan insan yang tiada mempunyai pertalian darah dengan dirimu namun dia masih terus tetap bertahan mencintaimu seikhlasnya.

Apabila suamimu itu baru sahaja pulang memasuki rumah selepas penat bekerja, sebagai isteri anda amatilah wajahnya serta sambutlah dia dengan ciuman di tangan.

Ini kerana dengan tangan itulah dia berusaha gigih serta sekerasnya untuk memberikan nafkah buat dirimu serta anak-anak yang berada di bawah tanggungannya.

Sedangkan sebelum berkahwin lagi dia tidak memiliki sebarang hutang tetapi sebagai seorang anak dia sudah pastinya amat berhutang budi dengan keluargamu sendiri yang telah bersusah payah membesarkan anda sehingga mampu untuk berjaya seperti hari ini.

Dalam pada masa yang sama, walaupun masih bertanggung jawab membalas segala pengorbanan kedua orang tua namun dia tetap sanggup memilih kamu bagi menambahkan lagi beban tanggung jawab di bahunya.

Selain itu, apabila anda sedang duduk berdua-duaan dengan suami, maka tataplah wajahnya dengan penuh kasih sayang kerana insan yang bergelar suami inilah yang akan membimbing serta menjaga kamu dengan sepenuh hatinya.

Sudah pasti sangat jarang suami mengadukan hal peribadinya kepada isteri malah segala masalahnya di luar rumah turut di simpan dalam hatinya sendiri.

Ini adalah kerana dia langsung tidak mahu kamu turut bersedih dan kasihan dengannya kerana baginya kegembiraan isteri adalah segala-galanya.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang suami di mana dia akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa menarik sekali kamu ke dalam kancah permasalahannya.

Namun, kalang kali si isteri tidak sedar di mana dia sering kali mengadukan masalah yang dihadapinya dan meninginkan perhatian dari suami tercinta.

Walaupun pada dasarnya masalah yang dihadapi oleh si suami lebih besar daripada masalah remeh yang di adukan oleh isteri namun si suami sanggup mengutamakan isterinya terlebih dahulu.

Oleh itu, kaum isteri semua haruslah sedar bahawa tanggungjawab sebagai seorang suami itu amat berat dan sedarlah betapa bertuahnya kamu memiliki seorang suami yang mampu menyayangimu seadanya. Editor: Maya