Jawa Barat – Seorang bayi yang berusia 10
hari disahkan koma akibat didera oleh kekasih ibunya gara-gara tidak henti
menangis pada waktu 4.30 pagi.
Lelaki itu menyeksa bayi malang itu dengan
kejam apabila dada bayi itu digigit dan kepalanya di pijak.
Ibu mangsa turut melaporkan terdapat kesan
luka di tangan bayinya seperti dibakar menggunakan rokok namun kekasihnya hanya
berkata tidak tahu dan tidak mahu mengaku perbuatannya.
Keesokan harinya mangsa mengalami kekejangan
sebanyak dua kali kira-kira jam 9 pagi dan jam 2.30 petang.
Mangsa didapati tidak menangis seperti biasa
pada jam 4.45 lalu ibunya membawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Setibanya di hospital, pasukan perubatan
mengesahkan bayi itu koma akibat daripada gegaran otak.
Di bahagian tubuh bayi itu terdapat banyak
kesan luka termasuk lebam di kepala dan luka terbakar akibat terkena putung
rokok.
Bagaimanapun sehingga kini 6 orang telah di
tahan reman bagi membantu siasatan atas kes penderaan berkenan termasuk kekasih
ibu mangsa. Sumber:Eberita , Editor:Anna