Jasmin Hamid Ada Kekasih Hati Baru?


Jarang sekali kita mendengar gosip panas mengenai artis jelita yang bernama Jasmiah Abdul Hamid atau lebih mesra dipanggil Jasmin Hamid. Namanya tidak asing lagi di dalam industri tanah air kita. Aksi lakonan nya seringkali mendapat pujian daripada para penonton.

Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini beliau digelar pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Jasmin juga pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin pada tahun 1997.

Namun baru-baru ini timbul satu isu mengenai Jasmin Hamid yang dikatakan mempunyai kekasih hati.Gambar mesra yang dimuatnaik di Instagram miliknya itu telah menjadi perhatian para netizen.

Ternyata tanggapan para netizen adalah salah kerana lelaki yang dikatakan mesra bersama Jasmin Hamid ini adalah anak bujangnya bukan kekasih hati seperti yang didakwa oleh netizen. Iyalah, Jasmin kelihatan masih muda meskipun umurnya sudah mencecah 48 tahun.

Meskipun dikecam hebat oleh netizen yang membuat tuduhan melulu kepadanya,Jasmin masih lagi tenang memberikan jawapan yang sebenar ,tidak seperti sesetengah artis yang lain.

Memiliki tubuh badan yang tegap dan berotot, Ian Haziq Macquistan sering kali mendapat perhatian daripada para netizen yang beranggapan dia adalah kekasih hati Jamin Hamid sedangkan mereka adalah ibu dan anak.


Anak kepada pelakon terkenal ini sememangnya sangat aktif dengan sukan ragbi. Ramailah wanita diluar sana yang cair dengan kekacakan anak Jasmin Hamid ni. Editor: Ila Hakimi . Sumber: ihmian