Jom Baca Fakta Menarik Disebalik Mimpi


Setiap manusia pasti pernah melalui fasa bermimpi. Mimpi juga selalu di kaitkan dengan "mainan tidur". Tetapi ada juga sesetengah orang yang percaya bahawa mimpi mempunyai tanda-tanda tertentu yang bakal terjadi.

Para sainstis telah melakukan penyelidikan mengenai mimpi. Malah mereka telah menemui beberapa fakta unik yang perlu anda ketahui mengenai mimpi. Jadi mari kita baca.

Pertama,orang buta juga bermimpi


Benarkah orang buta juga bermimpi? Penyelidikkan telah mengenal pasti bahawa orang buta sejak lahir mengalami mimpi semasa mereka tidur. Walau bagaimanapun, mimpi mereka tidak lah sama seperti kita yang normal.

Orang buta hanya bermimpi dengan mendengar suara sahaja. Bagi orang yang normal memang sukar untuk kita fahami,tetapi 'keinginan' untuk tidur dan bermimpi begitu kuat sehingga dapat mengatasi segalanya.

Kedua,semua orang bermimpi.
Setiap manusia pasti pernah mengalami mimpi dalam tidurnya,kecuali orang yang mengalami tekanan jiwa yang melampau.

Lelaki dan wanita mengalami mimpi yang berbeza dan mempunyai reaksi fizikal yang berbeza.

Lelaki cenderung bermimpi tentang lelaki lain manakala wanita bermimpi seimbang tentang lelaki atau wanita lain.

Ketiga,mimpi mampu mengelakkan tekanan emosi

Kajian tentang mimpi baru-baru ini mendapati, jika seseorang yang sedang tidur kemudiannya dibangunkan pada awal mimpinya mereka tetap dapat tidur dalam 8 jam.

Keempat, Sesetengah Orang bermimpi dengan Tema yang sama


Penyelidik mendapati 12% dari mimpi manusia yang normal selalunya bermimpi hitam putih dan selebihnya ada yang bermimpi berwarna.Ada juga yang bermimpi mempunyai tema yang tertentu iaitu Mimpi jatuh dari tempat tinggi,Mimpi basah,Mimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal,Mimpi kita ditimpa kemalangan,Mimpi boleh terbang,Mimpi hantu,Dan lain-lain.

Anda sudah pasti pernah mengalami mimpi-mimpi seperti diatas kan?


Kelima, mimpi sebenarnya tidaklah seperti apa yang kita lihat

Semasa tidur ,otak manusia akan bekerja dengan lebih kreatif.Otak akan bekerja dengan lebih mendalam untuk mengimbas semula pangakalan data memori kita sehingga terjadinya mimpi yang kadangkala tidak masuk akal.Editor: Ila Hakimi