Seorang lelaki bersama isterinya telah menyewa di salah satu homestay yang terletak di daerah Kuala Terengganu yang bernama hadami homestay dan telah disaman oleh pemilik homestay tersebut atas alasan yang tidak munasabah.
Menurut penyewa tersebut dia mula daftar masuk homestay tersebut pada waktu petang dan keluar membeli makanan pada waktu malam.
Setelah tiba di kedai makan dan belum sempat menjamah mkanan pemilik homestay tersebut membuat panggilan kepada lelaki tersebut sambil memarahinya kerana tidak menutup kipas semasa keluar dan turut menyidai pakaian di bawah kipas itu.
Menurut lelaki itu dia tidak bersalah kerana masih menyewa dan belum daftar keluar dari homestay itu dan pemilik homestay tersebut tiada hak untuk masuk kebiliknya tanpa izin dan turut bersalah kerana menceroboh dan boleh dituduh mencuri sekiranya berlaku kehilangan barang milik penyewa homestay tersebut. Editor:Anna