Kes yang melibatkan suami Ziana Zain, Armin Zaharin sedang hangat diperkatakan mengenai kes penderaan anaknya.
Pada 27 February lalu Ziana Zian membuat laporan mengenai kes anaknya yang telah dicederakan oleh suaminya.
Armin didakwa atas tuduhan mencederakan anak lelakinya menggunakan rotan dengan sengaja. Bagaimanapun Armin menafikan kesalahannya di atas tuduhan itu.
Armin kini ditahan di penjara Sungai Buloh selepas tiada rakan atau ahli keluarga datang membayar wang jaminan dan telah disabit kesalahan serta bakal berhadahap dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau sebatan.
Bagaimanapun, Majistret Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin sebelum ini, RM5,000 dengan seorang penjamin.
Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK. Sumber:Rotikaya , Editor:Anna