Ude berkata kenyataan Intan mengenai bahawa dia tidak tahun kenapa diceraikan dan mereka tidak pernah berbincang mengenai perkara itu adalah bohong semata-mata dan mahu raih simpati. Sedangkan masalah yang melanda rumah tangga mereka sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.
“Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya.
“Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi. Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Ude lagi masalah rumah tangganya bersama Intan bermula sebelum dia mengenali Izreen lagi sekaligus menafikan Izreen punca penceraian yang berlaku.
“Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang. Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa.
“Banyak kali saya ajak berbincang, tetapi semuanya gagal. Pun begitu, jika ada yang tetap beranggapan saya sebaliknya, terpulang kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa masalah sebenar. Takkan saya nak cerita semua hal dalam rumah tangga kami.
“Jadi saya berharap netizen perlu berlaku adil dengan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atas diri saya,” katanya.
Ude menjelaskan mengapa dia menyembunyikan pernikahannya bersama Izreen pada 8 Ogos lalu kerana dia mempunyai alasan tersendiri dan lebih mengenali bagaimana sikap Intan.
Ude turut berkata dia juga ada menarik balik permohonan cerai kali pertama pada November lalu kerana Intan sedia berbiincang masalah mereka, malangnya Intan tidak memberikan kerjasama atas apa yang dipersetujui. Sebaliknya setiap kenyataan dikeluarkan mengeruhkan lagi keadaan kerana banyak memutar belikkan kenyataan.
Mereka telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi. Sumber:Harian Metro , Editor:Anna