Nama pelakon iaitu Elfira Loy mula mendapat perhatian selepas berita pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi tersebar luas.
Namun, telah timbul nama baru iaitu usahawan muda, Asyraff Mazlan yang dikaitkan bercinta dengan Elfira Loy dan dituduh sebagai punca pelakon wanita itu putus tunang bersama Sufian Suhaimi.
Bagi mengakhiri semua cerita yang berkait dengan dirinya, Ashraff akhirnya tampil mendedahkan status sebenar hubungannya bersama Elfira.
Menurut Asyraff dia menyatakan bahawa dia sudah lama mengenali Elfira dan mereka beruda langsung tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang hangat diperkatakan oleh pihak media serta juga netizen.
Dalam pada masa yang sama, Asyraff juga turut menepis dakwaan daripada netizen kononnya beliau menunaikan ibadah umrah baru-baru ini bersama Elfira dan keluarganya.
“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.”
“Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul.”
“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Asyraff juga turut mengakui bahawa dia berasa sangat tertekan dihimpit dengan spekulasi dan kontroversi sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Asyraff juga turut mengakui bahawa dia sudah ada kekasih hati dan sekaligus membuktikan gosip percintaan yang timbul antaranya dan Elfira tidak benar sama sekali. Sumber: Hangat.com, Editor: Maya