Hubungan Cinta Pasangan Gay Ini, Berakhir Ke Jinjang Pelamin Walaupun.....


INDONESIA- Seluruh rakyat Boyolali, Jawa Tengah terkejut apabila satu gambar meraikan majlis perkahwinan diantara pasangan sama jenis telah tersebar di media sosial baru-baru ini.

Gambar tersebut dikatakan milik pasangan Darino alias Ratu Airin Carla,26 dan Dumani, yang berusia 30 tahun dikatakan sedang duduk bersanding.

Kejadian yang mengemparkan seluruh rakyat Indonesia ini turut mendapat perhatian daripda pihak polis. pihak polis turut menyiasat kesahihan gambar tersebut dengan menjejaki tempat tinggal mereka.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah berjaya memanggil mereka berdua untuk memberikan keterangan terhadap kes hangat ini.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) Boyolali juga mengingatkan orang ramai bahawa hubungan seks yang sama adalah homoseksual yang dikutuk oleh Allah.Pihaknya melarang keras pernikahan sejenis yang telah dilakukan oleh pasangan ini.

Menurut keterangan dariapada Darino alias Ratu Airin Carla, dia terpikat dengan Dumani sejak sembilan tahun lalu.

Pada masa itu, Dumani yang merantau sebagai buruh bangunan di bandar Aceh 9 tahun yang lalu. Manakala Airin bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah kedai makan.

Airin berkata, pada mulanya dia dan Dumani hanya kawan biasa. Walau bagaimanapun,lama kelamaan , dia mengakui hubungannya semakin menimbulkan rasa cinta terhadap Dumani.

Disebabkan itu mereka berdua telah membuka kedai makan dan menguruskan segala keperluan kedai bersama-sama.

Tambah Airin lagi , Dumani seolah-oleh memahami segala isi hati nya dan sentisa membuatkan dia seperti ada tempat berlindung.

Meskipun tidak berharap boleh menjadi isteri Dumani secara sah disisi undang-undang, Airin tetap berharap agar dia dan kekasih nya itu boleh bersatu.

Disebabkan itu lah Airin dan Dumani telah menagkap gambar seolah-oleh mereka sedang bersanding.

"Tiada sebarang majlis yang berlangsung sebenarnya"kata Airin.Itu adalah niat nazar mereka sekiranya kedai makan yang dibuka bersama mendatangkan hasil yang lumaian kepada mereka berdua. Ia hanya lah pelamin untuk majlis kesyukuran semperna kejayaan kami membuka kedai makan sahaja jelas Airin kepada pihak polis. Editor: Bella