Kantoi Curang Enam Kali, Ismail Izzani Tampil Mohon Maaf


Nama penyanyi remaja yang dikenali sebagai Ismail Izzani atau lebih mesra dipanggil dengan nama Mail ini dikenali menerusi lagu 'Sabar' yang melonjakkan namanya di dalam industri tanah air.Jarang sekali nama artis muda ini terpalit dengan gosip panas.

Namun baru-baru ini Ismail Izzani dikatakan telah curang sebanyak enam kali dengan kekasihnya.Kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang instafamous di laman Twitter.

Ianya mula tersebar apabila para netizen menghentamnya di laman Twitter serta mendapat cacian dan makian daripada netizen.

Kini Ismail Izzani tampil memohon maaf kepada semua pihak mengenai isu tersebut dan berharap agar netizen tidak memperbesar-besarkan isu tersebut.Editor: Bella