Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar.



Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu insiden mengenai seorang pelajar wanita yang dipercayai terjun daripada tingkat 14 sebuah pangsapuriTempler, Jalan Tun Dr. Ismail.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin Jianying, 21 mengalami kemurungan yang terlampau.Lin sememangnya seorang pelajar cemerlang dan mempunyai peluang yang amat cerah untuk masa depannya.

Mayat Lin telah dijumpai oleh seorang penduduk di pangsapuri berkenaan selepas dia terdengar satu dentuman yang kuat di tingkat bawah pada jam 8.50 malam.

Pelajar wanita ini juga adalah seorang pelajar cemerlang disekolahnya dengan pencapaian 10A semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lin telah bercita-cita untuk menjadi seorang guru namun hajatnya tidak kesampaian.

Menurut ibu Lin, dia telah diterima belajar di sebuah  institusi pengajian tinggi di Kedah. Tetapi disebabkan Lin mengalami kemurungan yang melampau dia terpaksa dipindahkan dari institusi pengajian tinggi yang lain.

Ibu bapa Lin sentiasa memastikan keselamatan anak kesayangannya itu dari jauh dengan memasang GPS di telefon bimbit anaknya supaya mereka dapat memastikan Lin dalam keadaan baik.

Ibu bapa sentiasa memantu keadaan Lin meskipun hanya dari jauh. Ibu nya juga selalu menghubunginya untuk bertanyakan keadaan Lin.Pada hari kejadian semasa ibu Lin menghubunginya Lin memberitahu bahawa dibersama rakan-rakannya namun sebenarnya Lin telah berbohong.

Disebabkan naluri seorang ibu terlalu kuat,ibu Lin cuba menghubunginya buat kali kedua namun tidak diangkat.


Mayat Lin telah ditemui di tingkat bawah pangsarpuri dipercayai Lin telah terjun daripada tingkat 14 selepas menjawab panggilan daripada ibunya.


Paling menyedihkan Lin telah meninggalkan satu nota terakhir bahawa dia sangat teringin untuk menamatkan hidupnya.

Nota tersebut berbunyi "Jika sesiapa menumui sayay didalam keadaan masih bernyawa, suruh doktor jangan selamatkan saya".Selain itu didalam surat terakhir itu Lin menyatakan bahawa dia sangat takut jika mengecewakan ibu dan ayahnya sekirnya dia tidak dapat membanggakan kedua-dua orang tuanya kelak.

Tulisnya lagi, dia  amat berterima kasih kepada kedua orang tuanya kerana membesarkanya dengan baik.Selain itu Lin juga menyatakan dia mahu organ nya didermakan kepada mana-mana pihak yang memerlukan.Editor: Bella