AMERIKA-Ini adalah detik yang mengejutkan apabila seorang penumpang lelaki bertindak menbuang air kecil di atas kerusi setelah didakwa menyerang dua wanita dalam penerbangan tersebut.
Lelaki itu, yang dinamakan oleh FBI sebagai Michael Allen Haag, ditahan di pintu ketibaan selepas saksi mendakwa bahawa suspek menyerang dua wanita sebelum membuang air kecil di tempat duduk hadapannya.
Pengalaman pahit itu bermula kira-kira dua jam di dalam penerbangan Frontier Airlines 864 dari Denver ke Charleston.
Saksi-saksi juga mengatakan lelaki itu telah minum sebelum dia bertindak"menyerang" seorang wanita yang duduk bersebelahan dengannya.
Atendan penerbangan kemudian memindahkannya ke baris kosong tempat duduk di belakang pesawat.
Seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Emily memberitahu Fox News: "Saya mendengar seorang wanita menjerit, 'Jika orang ini menyentuh saya sekali lagi saya akan membunuh dia."
Wanita lain yang didakwa telah diraba oleh suspek mengatakan dia melihat lelaki itu minum dua cawan vodka dalam penerbangan.
Seorang pramugarai penerbangan juga memberi amaran kepada Emily supaya meninggalkan tempat duduknya sekiranya suspek bertindak menyerangnya sekali lagi.
Sebaliknya, Emily berkata suspek telah bertindak membuang air kecil di tempat duduk hadapannya tanpa rasa bersalah.
Katanya kepada Fox 31: "Dan saya menjerit, 'Dia kencing.Oh Tuhanku. 'Dan pramugari penerbangan itu pada mulanya tidak percaya.
Walau bagaimanapun,gambar tingkah laku tidak bermoral itu berjaya di tangkap oleh seorang penumpang lelaki di dalam pesawat itu.
Dia didakwa dengan membuat gangguan tidak sopan dalam kapal terbang.Bagaimanapun,suspek telah ditahan sebaik sahaja turun daripada penerbangan tersebut.Editor-Sofia