Misteri Pedang Zulfikar, Pedang Mulia Nabi Muhammad SAW


Jika anda adalah seorang ulat buku dan gemar membaca kisah-kisah sejarah,sudah pasti anda juga gemar membaca kisah mengenai Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW sememangnya mempunyai banyak koleksi pedang,malah setiap pedang itu mempunyai nama serta kisah yang tersendiri.

Namun,dalam banyak-banyak koleksi pedang baginda,terdapat satu pedang yang mempunyai kisah misteri disebaliknya.

Pedang tersebut adalah pedang Zulfikar.Pedang ini sangat luar biasa dan sering dianggap sebagai pedang yang mematikan di zaman baginda.

Ahli sejarah mengatakan bahawa pedang Zulfikar adalah salah satu pedang paling legenda di dunia.

Bukan sahaja bentuk fizikalnya yang luar biasa, tetapi pedang ini juga mempunyai banyak kisah sejarah di dalamnya.

Sebagai contoh, tentang kewujudan pedang ini tersembunyi dan hanya akan muncul apabila Imam Mahdi yang sebenar telah keluar

Terdapat banyak cerita menarik mengenai pedang Zulfikar ini.Mari kita baca.

Pembuat Pedang Zulfikar yang Masih Misteri Sehingga Ke Saat Ini.




Sehingga ke hari ini kita masih tidak mengetahui siapa sebenarnya pembuat pedang legenda ini.Ya, hingga hari ini masih tiada siapa yang tahu siapa pembuat pedang yang hebat ini.Terdapat dua teori tentang pembuat pedang ini.

Teori pertama mengatakan bahawa pedang ini dibuat oleh salah seorang tukang besi Arab, dan tidak diketahui apakah Nabi Muhammad yang memerintahkannya sendiri atau penempa besi yang memberikannya kepada nabi.

Sementara itu, teori kedua mengatakan bahawa pedang ini adalah hasil dari rampasan Perang. Sampai sekarang tak diketahui mana yang tepat, tapi yang jelas pedang Zulfikar ini merupakan pedang yang sangat di sukai Nabi Muhammad kerana kualitinya.

Bentuk Pedang Zulfikar yang Unik


Pedang ini mempunyai keunikan tersendiri terutamanya dalam bentuk fizikalnya, yang sangat berbeza dengan pedang yang wujud pada masa itu.

Pedang ini melengkung seperti Schimitar kemudian pada hujung pedang ini terbelah dua.

Tidak ada yang tahu mengapa pedang Zulfikar bercabang di hujungnya. Tetapi dari segi teorinya mengapa bilah hujung pedang ini bercabang adalah kerena mempunyai pergerakan khusus dengan menggunakan hujung cabang tersebut.

Pedang Zulfikar yang Diberikan Kepada Ali

Selepas bertahun-tahun, pedang menjadi sahabat Nabi Muhammad. Akan tetapi diceritakan dalam sejarah bahawa pedang ini akhirnya diberikan kepada Ali Bin Abi Talib,menantu nabi sekaligus Khalifa ke empat.

Cerita bermula apabila Nabi melihat pedang Ali patah dalam peperangan, maka Nabi Muhammad memberikan pedang Zulfikar kepada menantunya dan akhirnya pedang pberubah pemiliknya.

Di tangan Ali Bin Abi Talib pedang ini menjadi semakin tak tertandingi, itu kerana sang pemegang pedang ini merupakan salah satu kesatria paling hebat dalam sejarah islam setelah Khalid Bin Walid.

Imam Mahdi dan Pedang Zulfikar

Dikatakan bahawa pedang ini akan muncul ketika Imam Mahdi keluar. Imam Mahdi akan menjadi pemegang pedang zulfikar untuk terakhir kali.Walau bagaimanapun,kewujudan pedang ini masih lagi menjadi misteri.

Kemudian menurut cerita mengatakan, pedang ini pertama kali musanahkan oleh Ali Bin Abi Talib untuk pelbagai perkara.

Oleh sebab itu ,kewujudan pedang ini tak pernah di ketahui hingga saat ini. Namun,yang lain mengatakan bahawa pedang ini telah ditemui dan disimpan ketat, akan dikeluarkan hanya apabila  Imam Mahdi keluar.

Itulah sedikit maklumat mengenai Misteri Pedang Zulfikar, Pedang Mulia Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan artikel kami dapat bermanfaat bagi pembaca Editor-Sofia