Siapa Yang Pakai Kasut Tumit Tinggi Sebenarnya Ni?


Sekeping foto menunjukkan seorang lelaki dan seorang perempuan memeluk dibahagian belakang.Apa yang membingungkan pengguna internet adalah salah seorang daripadanya kelihatan memakai kasut tumit tinggi.

Ini lah yang di panggil ilusi optik.

Ilusi optik berlaku apabila objek yang kita lihat berbeza dari keadaan sebenarnya. Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek . Bintik buta tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya . Hal ini menyababkan imej yang jatuh pada bintik buta tidak dapat dilihat dengan jelas.

Jika dilahat pada awalnya kelihatan seperti si lelaki yang memeluk wanita itu dari belakang,namun sebenarnya tidak.Apa yang melucukan netizen adalah apabila gambar ini kelihatan seperti lelaki menggunakan kasut tumit tinggi bersama seluar putih dan kemeja biru.Hah,ternyata mata anda letih,dapatkan rehat yang secukupnya.


Imej itu, dikongsi di laman Twitter oleh CJ Fentroy, salah seorang dari pasangan ini sedang memeluk daripada belakang.

Tetapi sudut badan dan kepala mereka telah menimbulkan banyak keliru pengguna internet.

Salah seorang pengguna internet dikenali sebagai @ Boom_likean808 berkata: "Pada mulanya saya fikir dia (lelaki) memakai tumit timggi."

Imej itu telah menarik perhatian kerana beberapa orang menafikan bahawa wanita yang memeluk lelaki di dalam imej itu bukan sebaliknya dan ianya telah mengumpulkan lebih daripada 40,000 tweet dan 96,000 likes.Ternyata mata juga boleh menipu anda.Editor-Sofia