Umno Nak Duit Yang Dirampas Dari Rumah Najib, Ini Jawapan IGP Pada Umno.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan mengikut proses dalam siasatan berhubung wang yang dirampas dari kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Fuzi berkata demikian ketika ditanya berhubung gesaan Umno agar wang berkenaan dipulangkan kepada parti itu.

"Ada proses dan cara tuntutan itu. Kita mesti mengikut proses yang diperuntukkan oleh undang-undang.

"Siasatan masih berjalan dan mungkin kita memerlukan masa.

"Tapi kita tidak boleh bertindak sebarangan, kita perlu mengikut saluran dan proses undang-undang," katanya kepada sidang media selepas acara mengagihkan kuih hari raya di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Semalam, Umno kesal dengan tindakan polis merampas wang yang didakwa dana politik mereka untuk pilihan raya dan pengurusan parti.

Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno, wang sumbangan itu dirampas semasa proses dipindahkan kepada kepimpinan baru parti itu.

“Secara umumnya, presiden Umno bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk Umno termasuk dana bagi pilihan raya umum. Hal ini termaktub di dalam perlembagaan parti.

“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik di negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan Umno yang mantan presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.

“Untuk makluman, semasa mantan presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 bilion kepada parti dan tiga juta ahli,” menurut kenyataan unit itu.

Jumaat lepas, polis merampas wang tunai dan barangan bernilai di enam lokasi yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.

Laporan menyebut nilainya kira-kira RM120 juta.

Dalam laporan polis, Najib dilaporkan mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur itu adalah derma rakan-rakan untuk kempen pilihan raya BN.

Sementara itu, Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno juga berkata pembiayaan politik dibenarkan bawah undang-undang negara.

“Oleh itu, Umno berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.

“Umno kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata unit itu.

Sebelum ini Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampa

“Umno kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata unit itu.

Sebelum ini Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.

Wang tunai yang dirampas di Pavilion Residences, Kuala Lumpur dilapor bernilai kira-kira RM120 juta. Malaysiakini