Video-Bayi Ini Hampir Lemas Selepas Pelampungnya Terbalik Dan Terpaksa Bergelut Selama 46 Saat Didalam Air


CHINA- Ini adalah saat yang menakutkan apabila seorang bayi hampir lemas selepas pelampungnya terbalik dan bayi tersebut terpaksa bergelut di dalam air selama 46 saat.

Bayi berkenaan dikatakan sedang berlajar bagaimana cara untuk berenang telah di tingglkan di dalam kolam berkenaan tanpa pengawasan orang dewasa.Malah,pekerja yang berada berdekatan dengan kolam tersebut tidak memberikan tumpuan kepada bayi yang berada di dalam kol berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 46 saat ini memparkan seorang wanita boleh dilihat beralih kembali pada kolam tersebut sementara ,bayi yang berusia tujuh bulan itu telah tenggelam dalam air kerana kehilangan keseimbangan badannya.

Kakitangan hanya menyedari apa yang berlaku hampir satu minit kemudian sebelum mengeluarkan bayi tersebut daripada kolam itu, menurut laporan media Cina.

Bayi itu kini berada di hospital di Quanzhou, tenggara wilayah Fujian China, menurut laporan media Quzhou TV.

Ia adalah kolam latihan kecil dikendalikan oleh pusat jagaan bayi.

Ibu bayi, yang dikenali dengan nama keluarga Zhang, berkata dia baru sahaja pergi membeli susu formula bayi di sebelah ketika kemalangan seram itu berlaku.

Zhang memberitahu TV Quanzhou bahawa dia membawa anaknya ke pusat itu setiap hari untuk belajar berenang.

Semasa dia balik dari membeli susu tepung, seorang pekerja kedai memegang anaknya dan bergegas ke arahnya anaknya.

Dia diberitahu bahawa anaknya  hampir lemas dan seterusnya mendakwa bibirnya telah bertukar ungu serta mukanya cedera.

Zhang dan pekerja kedai dengan cepat memegang bayi itu dan kemudian menebalikan badan bayi tersebut sambil menepuk punggungnya untuk membuang air dari tubuhnya, kata laporan itu.

Mereka memanggil ambulans selepas dia mula menangis beberapa minit kemudian.

Namun disebebkan risau melihat keadaan anaknya, Zhang bertindak membawa anaknya ke hospital dengan menaiki skuter.

Beliau berkata, anaknya kini berada di dalam hospital dan dia mungkin mempunyai radang dalam paru-paru.

Cik Zhang memberitahu QZTV bahawa pekerja itu tidak memantau bayi yang berada di dalam kolam tersebut.

Laporan itu berkata bahawa kedai tersebut masih belum memohon maaf atau menawarkan pampasan kepada keluarga bayi malang ini.

Walau bagaimanapun,Zhang telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian yang menimpa anaknya.Editor-Sofia.Sumber-TheSun