Anak Yatim Perlu Terus Dibantu - PPMS


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang digalakkan untuk kita melakukan amal kebaikan dan kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan)..”

Maka sesungguhnya bertuahlah kita kerana berpeluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan berbuat amal kebaikan.

Demi menyahut seruan untuk melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan ini Pertubuhan Persaudaraan Muafakat Setia - PPMS bersama-sama EIGHTY'8 FC telah Penyampaian Sumbangan sempena Bulan Ramadhan ini.

Selain menyampaikan makanan berbuka puasa, Pertubuhan Persaudaraan Muafakat Setia - PPMS dan EIGHTY'8 FC turut memberi sumbangan duit raya kepada 40 anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kasih Murni , Jalan AU 2a/13, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Faiq Bin Kamanudin yang mewakili PPMS beliau mengharapkan lebih banyak NGO-NGO diluar sana tempil membantu anak-anak yatim semperna bulan ramadhan ini agar mereka dapat merasakan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.