"Lambakan Cerita Yang Sama Diguna Pakai,Cerita Bangang Diabadikan,Cerita Bagus Tak Ada Siapa Nak Tengok"-Sharifah Sakinah
Sakinah merupakan seorang pelakon,pelawak dan pengacara terkenal di Malaysia.
Nama nya mula dikenali menerusi sitkom "Hotel Mania" dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu "Bimbi & Bonnie", "Havoc Warna" dan "Yem Rempit". Beliau juga pernah memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014.
Sharifah Sakinah sememangnya seorang artis wanita yang lantang bersuara dalam melontarkan pendapat.
Menurutnya,dia juga berpendapat bahawa kebanyakkan drama di Malaysia dianggap 'sampah'.
Melalui IGstorynya,Sakiniah menulis "Sebagai penonton terdapat lambakan cerita yang sama direcycle.Cerita yang jauh ketinggalan.Cerita bang*ng diabadikan.Cerita yang bagus takada siapa yang nak tengok.Sebagai pengarah atau penulis skrip seharusnya membuat sesuatu yang segar dan berkualiti,"tulisnya.
Sebelum ini,Aiman hakim ridza pernah membuat kenyataan sedemikian rupa namun beliau mendapat pendapatnya telah mendapat perhatian dari penulis skrip drama 'Nur' dengan menyatakan Aiman hanya mahu mencari publisiti murahan sahaja.
Malah Aiman juga tidak teragak-agak menyatakan skrip drama sekarang masih lagi di tahap yang lama dan disebabkan itu para pelakon terpaksa menerima sahaja demi mendapatkan wang bagi menampung kehidupan.Editor-Sofia