13 Gambar Anggota Imigresen Bergelut Tangkap Warga Afrika.


Kudrat beberapa lelaki tempatan tidak mencukupi untuk menahan Nigeria dan warga asing yang agresif melawan dan mengancam anggota imigresen semasa serbuan sedang dilakukan.

Itu yang disaksikan ketika operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di beberapa lokasi di ibu kota termasuk Selayang, Kepong dan Bukit Jalil.

Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, anggota dan pegawai dari JIM Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali melakukan serbuan di beberapa lokasi termasuk di pangsapuri, premis perniagaan dan penempatan di tapak pembinaan.

Mustafar berkata, pasukan melakukan serbuan di premis perniagaan di Kepong.

“Seorang lelaki Nigeria bertindak merempuh pegawai JIM sebelum berlari keluar dan melompat pagar di tepi jalan.

“Beberapa pegawai JIM yang menyedari tindakan lelaki Nigeria berbadan sasa itu bertindak mengejar sebelum berjaya menahan lelaki itu di tepi jalan,” katanya.

Meskipun sudah digari, lelaki warga asing itu dilihat terus meronta hingga mengakibatkan beberapa pegawai JIM cedera ringan.

Lelaki warga asing itu kemudian berjaya ditenangkan sebelum dibawa menaiki van JIM.

Hasil serbuan ke atas tiga lokasi itu, pihak JIM memeriksa 468 warga asing dan menahan 258 individu termasuk warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Nigeria.