Ambil Tindakan Sewajarnya Terhadap Lelaki Ini Yang Hina Agama Lain - Farid Maria


Tular di media sosial apabila seorang individu yang dikenali sebagai Farid Maria melalui laman facebook miliknya yang telah memuat naik satu posting yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang individu yang dikatakan telah menghina Islam.

Menurut Farid melalui postingnya memberitahu bahawa lelaki terbabit telah menyentuh sensitiviti umat Islam apabila dengan secara terbuka telah menghina Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta umat Islam.

Farid telah memuat naik di facebook miliknya empat printsceen yang menunjukkan lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina Nabi serta umat Islam seluruh dunia sehingga telah menarik perhatian netizen.

Sehinggakan pelbagai kecaman serta soalan telah disuarakan oleh netizen yang rata-rata menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap individu terbabit yang dengan secara terbuka telah menghina Islam sedemikian rupa.

Malah dapat dilihat di ruangan komen posting tersebut yang mengusulkan agar dia mengambil info dari pelbagai sumber dan bukannya hanya dari satu sumber jika dia benar-benar nak mengetahui agama Islam.

Bacalah terjemahan Al-Quran dan berdiskusi dengan para Ulamak Islam jika benar nak tahu pasal agam Islam dan jangan nak main gunakan bahasa-bahasa kesat untuk menghina agama lain.

Ada juga yang memarahi lelaki berkenaan dengan mengatakan "Jika kita panggil dia keling heboh satu bangsa India marah, fikirlah jika nabi teragung kami dihina pastilah kami orang yang beragama Islam ini pun akan marah juga", jadi tolong jaga bahasa itu sikit.

Terdapat juga netizen yang menyarankan agar kad pengenalan lelaki berkenaan diambil serta di buang negara sebab orang yang macam inilah yang boleh memecahbelahkan masyarakat, bahaya sebab apa yang ditulisnya semuanya tidak betul.

Malah ada juga netizen yang menasihati semua orang supaya tidak perlu nak marah lelaki terbabit kerana dia merupakan seorang yang jahil kerana di bukan beragama Islam dan sebab itu dia bertanyakan macam itu.

"Biarkanlah dia, nanti kalau dia tahu jawapan segala persoalan dia nanati baru dia tahu yang Islam itu sebenarnya adalah Indah", kata salah seorang netizen di ruangan komen.

Netizen juga turut menyatakan bahawa kita tak payahlah nak marah-marah hanya kerana lelaki seorang ini, nabi kita dulu pun kena hina juga tapi beliau masih tersenyum lagi dan kalau betul lelaki ini nak berdebat kita patut bagi dia berdebat dengan Dr Zakir Naik. -Farid Maria