Bayi Perempuan Di Temui Tergantung Dalam Beg Kertas


IPOH- Masih belum reda lagi isu seorag bayi lelaki berusia lima bulan disumbat dalam peti sejuk kini timbul pula berita mengenai bayi yang dibuang dalam beg kertas.

Penemuan beg kertas yang berisi seorang bayi perempuan itu dipercayai telah ditinggalkan di hadapan rumah pangsa di Jalan Hospital sekitar Flat Ashby,tengah malam tadi.

Bayi malang yang masih bertali pusat itu dipercayai telah ditinggalkan terganggung pada sisi cermin kereta sebelum beg berkenaan ditemui oleh pemilik kereta berkenaan kira-kira 12.15 tengah malam.

Menurut laporan,bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan kesejukan serta kelaparan selepas empat jam bayi malang itu ditemui.


Bagaimanapun,Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias telah mengesahkan kejadian itu.Kini,bayi itu telah ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.